Rumusan episod America's Next Top Model, Musim 10

Welcome To Top Model Prep

Tarikh Disiarkan: 20 Februari 2008

35 orang peserta wanita tiba di "Top Model Prep" di mana mereka berjumpa dengan Mr. Jay Manuel dan Miss J. Alexander. Kesemua mereka terlibat dalam sesi penggambaran foto kelas sebelum memulakan kelas peragaan bersama Miss J., di mana Lauren dianggap sebagai peserta yang paling lemah. Seterusnya, kesemua peserta menghadiri kem unggun api di mana "Homecoming Queen" akan diumumkan. Para penyorak yang bersorak di bawah pentas adalah merupakan sebahagian daripada bekas peserta rancangan tersebut pada musim-musim lepas. Mr. Jay seterusnya mengumumkan bahawa para finalis akan dibawa ke Bandar raya New York. "Homecoming Queen" adalah merupakan Tyra Banks yang memberikan kejutan kepada kesemua peserta dengan kemunculan beliau dari belakang tirai. Sesi temuduga berlangsung kemudiannya.

Ketika sesi temuduga berlangsung, satu pertelingkahan telah tercetus di antara Shaya dan Fatima, tetapi mereka kemudiannya berdamai apabila Fatima membuat pengakuan bahawa dia adalah merupakan antara yang terselamat akibat budayanya yang mengamalkan jahitan kemaluan. Temuduga yang sukar dilupakan termasuklah Stacy Ann menggayakan tarian paha, Fatima yang memberitahu barisan juri tentang jahitan kemaluan yang dialaminya, dan juga pengakuan Claire yang meminum susu badannya sendiri supaya bayi yang ditinggalkannya masih akan dapat menyusu apabila dia kembali kelak.

Selepas sesi temuduga, jumlah peserta telah dikurangkan sehingga 20 orang. 20 orang peserta yang terpilih ini kemudiannya mengikuti sesi penggambaran foto kelas senior dan mereka harus mendandan solekan mereka sendiri.

Pada penghujung hari tersebut, Tyra mengumumkan 13 orang peserta yang terpilih untuk bertanding dalam musim ini. Apabila beliau memanggil "Aimee/Amy", kedua-duanya maju ke hadapan, dan Amy mengesyorkan untuk menukar nama panggilannya kepada "Amis" untuk mengelakkan kekeliruan. Ketika peserta yang ke tiga belas diumumkan, Tyra merasakan bahawa kesemua peserta mempunyai potensi yang tinggi, dan akhirnya memberikan peluang kepada Dominique untuk menjadi peserta yang ke empat belas dan sekaligus menjadi finalis yang terakhir untuk musim ini.

  • Penampilan istimewa: Furonda Brasfield, Joanie Dodds, Michelle Babin, Amanda Babin, Jael Strauss

New York City, Here We Come

Tarikh Disiarkan: 27 Februari 2008

Kesemua peserta dibawa ke rumah penginapan mereka di Bandar raya New York yang bertemakan kemanusiaan. Namun, Amis, Fatima dan Kimberly berasa hampa dan kecewa apabila melihat simbol "tidak dibenarkan merokok" yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk merokok di luar rumah penginapan mereka. Kemudiannya, Mr. Jay dan Miss J tiba untuk membawa kesemua peserta untuk meronda di sekitar bandarraya New York. Perhentian mereka yang terakhir adalah di tayangan peragaan Badgley Mishka.

Selepas acara tersebut, Fatima dengan secara tidak sengaja terpukul Marvita dengan tangannya, menyebabkan tercetusnya ketegangan sementara. Mereka kemudiannya dibawa ke bangunan Elite Model Management dan bertemu dengan Paulina Porizkova dan juga Neal Hamil, di mana Paulina memberikan kritikan yang agak pedas kepada setiap peserta.

Ketika di set penggambaran, para peserta dikehendaki untuk memainkan peranan sebagai wanita tanpa kediaman yang dikelilingi oleh model-model yang berpakaian fesyen unggul. Kebanyakan daripada para peserta mendapat respons yang positif, namun kelincahan Amis dan expresi wajah Kimberly yang kuyu mendapat kritikan. Selepas penggambaran, Kimberly berterus-terang kepada Fatima bahawa fesyen bergaya tidak menarik minatnya.

Semasa proses penilaian juri, Paulina Poriskova telah diumumkan sebagai juri baru menggantikan Twiggy. Sewaktu tiba giliran Kimberly untuk dinilai, dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai keinginan yang tinggi untuk industri fesyen, dan seterusnya menarik diri secara sukarela daripada meneruskan pertandingan. Kimberly adalah merupakan peserta ketiga yang secara sukarela menarik diri daripada meneruskan pertandingan, selepas Cassandra Whitehead (Musim 5), dan Ebony Morgan (Musim 9).

Meskipun terpempan, Tyra mengumumkan bahawa penyingkiran akan tetap dilaksanakan. Kekurangan daya tarikan fesyen unggul pada perwatakan Atalya menyebabkan dia berada di kedudukan dua terbawah bersama Amis, yang kelihatan seakan-akan bingung dan sesat di dalam foto. Namun begitu, barisan juri menyedari bahawa Amis memiliki suatu "ketegangan" yang penting dalam industri fesyen, dan dia akhirnya diberikan satu lagi peluang.

  • Dua kedudukan terbawah: Amis Jenkins & Atalya Slater
  • Tersingkir: Atalya Slater
  • Menarik diri: Kimberly Rydzewski
  • Jurugambar: Sarah McColgan
  • Penampilan istimewa: Mark Badgley, James Mischka, Neal Hamil, Taz Tagore, Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Claire Unabia

Top Model Makeovers

Tarikh disiarkan: 5 Mac 2008

Kesemua peserta telah dibawa ke apple bottom apperal.Allison berkecil hati kerana Fatima mengatakan bahawa allison mempunyai susuk tubuh badan yang besar daripada fatima.Kesemua peserta telah dibawa ke wall-mart untuk meghadapi cabaran mingguan. Claire telah memenangi cabaran .Di tempat rumah penginapan Allison telah mengatakan kepada Fatima bahawa Fatima seorang gadis yang berkulit hitam.

keesokan harinya ,ke semua peserta telah dibawa ke sebuah salun kecantikan untuk diubah suai imej mereka.tyra bank menyatakan kepada mereka bahawa mereka akan diubah suai.rambut fatima ditambah dan diwarnakan dengan warna perang berangan.manakala Stacy-ann talah memohon untuk memanjangkan rambutnya seperti Noami Campbells.sebaliknya rambut Stacy-ann dipotong pendek seperti bulu tengkuk kuda.

Ketika di set pengambaran, para peserta dikehendaki untuk memainkan peranan sebagai wanita cantik yang seksi dengan beraksi diatas bot yang berdekatan dengan Brooklyn bridge.set pengambaran ini di panggil "Intimates"daripada elle macpherson.

Semasa proses penilaian juri ,lauren telah memeberi gambaran yang menarik ketika diset pengambaran.begitu juga aimee dan marvita .Amis,dominique dan allison telah memberikan gambaran yang buruk dan membosankan.Akhirnya dominique dan allison telah terjerumus di dua peserta terakhir .dominique telah diberikan peluang untuk beraksi pada minggu hadapan .Manakala allison disingkirkan dari pertandingan.Tyra mencadangkan untuk mengubah semula warna rambut dominique .

  • Dua kedudukan terbawah: allison kuehn & dominique reighart
  • tersingkir: allison kuehn
  • jurugambar:george holz
  • penampilan istimewa:Elle macpherson,Stephen knoll,brent poer,molly sterm,sutan,christian marc.
  • covergirl of the week:claire unabia.

Where's the beef

Tarikh disiarkan: 12 Mac 2008

Kesemua peserta telah dibawa ke ibu pejabat balai bomba new york. Disana mereka telah berjumpa miss j.Mereka telah diajar cara berjalan diatas runway dengan betul.Selepas itu,mereka diberi 90 saat untuk mendandan diri sendiri.Tetapi,fatima gagal untuk menukar kasutnya dan sekaligus gagal dalam cabaran minggu ini.Mereka diwajibkan untuk menggayakan diri mereka diatas runway yang bertemakan kebakaran.


  • Dua kedudukan terbawah:
  • Tersingkir:
  • Jurugambar:
  • Penampilan istimewa:
  • Covergirl of the week: